Saturday, January 31, 2009

WHY ECOFIRST / KENAPA PILIH ECOFIRST? PT.2

Salam Pembaca blog yang budiman,

Sambungan dari komentar saya yang lepas kenapa saya memilih Ecofirst...

3. MEMBANTU DIRI SENDIRI DAN ORANG LAIN

Kenapa membantu diri sendiri? Kerana dengan membantu diri untuk lebih maju kehadapan dapat kita mencapai kemajuan dalam peringkat kehidupan kita. Kita dapat mengenal pasti kemajuan itu dari keputusan yang kita dapat dari setiap aktiviti kita seharian. Ini dapat membantu kita untuk terus memperbaiki diri sendiri dan mencapai keputusan yang lebih baik bagi diri kita di masa hadapan.

Sesetengah dari kita tidak perasan atau tidak tahu pun dengan kemajuan di dalam peringkat kehidupannya kerana mereka rasa selesa dengan apa yang sudah ada di dalam genggaman dan terus terkongkong oleh rasa keselesaan tersebut...

Sehinggalah sesuatu keadaan memaksa mereka untuk berubah dan ketika itu ia amat menyeksakan sekali kerana kita berubah bukan atas kehendak diri... di sini wujudnya kekeliruan dan ada di antara mereka yg berubah ke arah kejayaan dan ada pula yg menuju kesukaran dek tidak tahan dgn ujian...

Bagaimana pula dengan membantu orang lain? Membantu orang lain sama seperti anda membantu diri anda sendiri kerana kita berkongsi pengalaman hidup kita bersama orang lain dan memberitahu kepada mereka supaya jangan mereka melalui pengalaman buruk yg telah kita lalui. Kata rakan saya 'Orang yang bijak akan belajar dari pengalaman orang lain... dan orang yang hanya belajar dari pengalaman diri sendiri adalah orang yang sangat rugi...'

Mengapa? Kerana jikalau anda ingin tahu sama ada dengan pekerjaan anda yang anda lakukan setiap hari itu dapat membantu untuk mencapai matlamat anda atau tidak, anda boleh bertanya kepada mereka yang telah bekerja atau bersara di dalam bidang yang sama... sama ada mereka berjaya mencapai matlamat hidup mereka atau tidak... jika tidak maka anda sudah tahu pasti anda tidak akan mencapai matlamat anda jika anda meneruskan pekerjaan tersebut (dgn syarat matlamat anda dan mereka adalah sama contohnya ingin menjadi kaya)...

4. MEMBANTU KELUARGA DAN MENGUBAH SEJARAH

Semestinya membantu keluarga sendiri adalah perkara yang tidak boleh tidak mesti diutamakan. Walaupun mereka tidak mengharapkannya tetapi sekurang-kurangnya kita sebagai anak mesti membalas jasa orang tua kita walaupun ia tidaklah sebesar mana. Tetapi kita mesti melakukannya untuk memastikan kita mendapat berkat dan rahmat dari apa yang kita lakukan selama ini... Ketahuilah ibu dan bapa kita sentiasa mendoakan kejayaan kita di dunia dan akhirat...

Mengubah sejarah keturunan sendiri adalah perkara besar yang tergantung di bahu saya kerana saya hanya mengetahui 3 Generasi saya sebelum ini dan tidak tahu yang selebihnya kerana pada pendapat saya tidak ada apa yang perlu kita ingatkan selain dari nama sahaja... Namun setelah saya mengikuti sesi ceramah umum saya mendapat tahu bahawa ianya kerana tidak ada yang ada pada keturunan yang lalu untuk kita ingatkan... sama ada jasa atau sumbangan dan sebagainya... Jadi sayalah yang akan merubah sejarah hidup keluarga dan keturunan saya dengan meninggalkan sumbangan dan jasa kepada agama, masyarakat dan bangsa kita di dunia ini...


Kalau nak diikutkan terlalu banyak perkara untuk saya tulis di sini untuk apa saya memilih Ecofirst atau MLM ini tetapi cukuplah dengan perkara2 di atas dan semoga ini dapat memberi sedikit pengajaran kepada mereka yang di luar sana yang tercari2 erti kehidupan...

Salam kejayaan dari saya... Norizam Othman (0.1.7.6.5.5.8.9.2.6)


No comments: