Monday, January 26, 2009

WHY ECOFIRST / KENAPA PILIH ECOFIRST?

Salam pembaca yang budiman,

Untuk sebab2 kenapa kita perlu memilih sesebuah MLM itu ada diberitahu oleh guru saya. Tak perlulah saya menerangkan panjang lebar kenapa saya memilih Ecofirst Products Sdn Bhd. Boleh KLIK SINI untuk rujukan anda...

Tapi bagi saya personally, kenapa saya menyertai Ecofirst Products adalah...

1. IMPIAN

Setiap dari kita pasti mempunyai impian, tak kiralah impian dalam bentuk apa sekalipun. ada yang berimpian nak hidup tanpa hutang sebab dah banyak sangat hutang keliling pinggang. ada yang berimpian nak hidup bebas dari terikat dengan waktu kerja pejabat 9-5 sebab dah selalu sangat jadi "orang harapan bos' (asyik kena suruh je, jadi kuli batak kat situ..), ada yang hidup miskin selama tujuh keturunan dan berasa dia perlu mengubah nasib keturunannya supaya tidak dipandang rendah dan dihina oleh orang lain.

Bagi saya, saya melakukannya adalah kerana saya perlu mengubah nasib keturunan saya dan menyahut seruan nabi junjungan kita untuk hidup bersederhana @ wasotiah. Macam mana dikatakan hidup sederhana itu ialah pada pandangan mata saya, saya melihat hidup tanpa hutang dan berbelanja dengan tunai sahaja...

Kalau anda ada hutang, Net Value Asset atau Nilai bersih Aset anda adalah negatif jika anda mempunyai tunai yang kurang dari hutang anda. Jika anda mati nanti, roh anda akan terapung2 diantara langit dan bumi sebab hutang tak settle lagi. Adakah anda bersetuju dengan saya?

Pendek kata mesti ada sebab yang kukuh untuk melakukannya kerana ia akan menjadi batu karang yang sangat utuh untuk kita berpaut walau sekuat mana ombak dan badai dunia menimpa...


2. SELF-ESTEEM @ KEYAKINAN DIRI YG TINGGI

Saya dahulunya bukanlah seorang yang mempunyai keyakinan diri yang tinggi. Yakin tue ada tapi setakat yakin jelah. Jadi disini saya banyak membangun bersama syarikat Multilevel Marketing untuk membina keyakinan diri bercakap di depan lebih seratus orang tanpa rasa gementar dan saya tahu apa yang saya sampaikan.

Untuk gruduan2 diluar sana, anda perlu kepada pembangunan diri dan keyakinan yg utuh. Jikalau anda pernah melalui mana2 temuduga anda boleh membandingkan diri anda dengan orang yang sudah berpengalaman. Dimanakah level anda? Apa yang perlu anda lakukan untuk membina pengalaman yang anda tidak ada? Ya betul.. Cari pengalaman... Di mana anda boleh memperolehnya? Adakah di syarikat yang telah dan akan menolak anda setelah atau akan ditemuduga kerana anda fresh graduate dan tidak berpengalaman...

Bidang keusahawanan adalah salah satu tempat di mana anda boleh memperolehi pengalaman ini. Ini dipanggil 'UNIVERSITI KEHIDUPAN' @ U.K... Universiti kehidupan @ U.K ini amat unik kerana ia tidak boleh dicari dimana2 kerana bukan sahaja anda memperoleh pengalaman keusahawanan malah anda boleh memperoleh pengalaman kehidupan orang lain untuk anda jadikan sebagai teladan hidup...

bersambung...


No comments: